SEWAKTU AKU KECIL
Aku masa kecil, sangat comel kan. Masa ni aku punya hometown kat Gombak Setia sana. Rindu nak cari tempat permainan aku tu. Entah ada lagi ke tak. Aku paling seronok bila time ujan kat sini, sejuk sebab umah aku time tak silap aku kat kaki bukit. Mama aku cakap, aku ni sangat la pemurah dan baik hati, duit belanja pegi tadika, di share dengan kawan-kawan, bijak kan? hehehe
WAJAH TAHUN KEDUA DI UNIVERSITI
Gambar ni aku ambik dengan menggunakan handphone kamera aku yang pertama. Aku masih ingat lagi, Motorola L6 masa tu. Best, zaman tu kira glemer la ambik gambar guna handphone kan? Aku belajar di Universiti Utara Malaysia, bidang Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa. Aku kategori hyperactive dengan aktiviti kemasyarakatan. Rindu nak buat program dengan Yayasan Budi Penyayang Malaysia
MY CARRIER
Jika di hitung kira dari start penghujung riwayat mahasiswa di UUM dulu, aku dah bekerja. Mula-mula jadi guru ganti di SK Seri Utama and SMK Bagan Terap (sebulan selepas itu), Sg.Besar, ajar Matematik n’ Science. Then, keje sekejap kat Kedai Komputer AbangLang (dah bungkus rasanya). Then, got offer kerja kontrak with kerajaan negeri Selangor about a year. Lepas dari itu, kerja pulak dengan AgroBank Sungai Besar (thanks to all staff there). Then,barulah menjejakkan kaki di bumi INSTEP, Terengganu (mak aii..jauhnye la)
PERMATA HATIKU
Setiap orang ada permata hatinya masing-masing kan, so inilah permata hatiku hari-hari. Sangat sayang padanya. Rindu untuk bersamanya selalu. Hehe. Emm..tahun depan kita pakai baju baru ye. Hehe.
MY.LIFE.N.SOUL
Alhamdulillah, thanks to Allah, saya ada family yang sangat memahami dan memberi dorongan kepada saya selalu. Selalu memberi peluang kepada saya untuk belajar erti hidup. Pesan penting dari mama n’ abah saya, ikhlas dalam apa juga yang di buat, InsyaAllah, hidup di berkati.