Friday, December 10, 2010

kembali.ke.sekolah


Salam hormat buat kalian semua.

Tajuk tak semestinya aku yang terlibat secara langsung. Maksudnya, adik-adik aku yang start balik sesi persekolahannya tahun hadapan, tak silap aku 3 Januari 2011. Maka, persiapan membeli belah baju sekolah mereka aku laksanakan pada hari ini.

Sebelum tu, maaf, semalaman tiada entri, sebab aku on drive dari Kuala Terengganu-Kuala Lumpur - Kuala Selangor..baru sampai Sabak Bernam. 8 jam perjalanan yang meletihkan. Sampai terlelap kat trafic light pun tak sedar lagi..hahaha..tak tau la ada kete ke tidak masa aku terlelap tu..ingat, letih berehat seketika.

Sambung balik. Seorang akan ambik SPM tahun depan, sorang lagi darjah dua. hai la...kecik lagi si bongsu ni.

Sesi pagi tadi, aku belikan kasut sekolah mereka. Seronok jugak layan karenah diaorang ni. Paling funny si bongsu la, beria-ia nak pakai kasut ada tali, ikat tak pandai. Tapi sebab dia nak sangat, so belikan la jugak dua pasang. Tapi brand tau lak memilih,budak-budak zaman la ni..hmmm..

Sebelah petang tadi, dua-dua orang ini membeli baju dan juga seluar sekolah. Barang-barang penting untuk mereka sekolah. Kebetulan pula hari ini hari Jumaat, so singgah di pasar malam. Terserempak dengan cikgu-cikgi, kawan sekolah lama, si Asril Azizan, bawa family jalan-jalan gitu..wow!

Bila teringat pasal beli keperluan sekolah ni, teringat aku masa kecik-kecik dulu, susah payah juga ayah & mak aku nak beli keperluan sekolah untuk aku, kakak aku, dan pada masa yang sama adik-adik aku yang kecil juga perlu makan pakai. Besar sungguh pengorbanan mereka. Kalau hitung duit gaji ayah aku masa tu yang pangkat Sarjan je dalam askar, susah juga nak hidup time tu. Syukur, rezeki lebih yang aku ada ini, aku tolong orang tua aku. Itulah jasa kecil yang boleh aku lakukan sementara mereka masih ada depan mata aku.

Terima kasih mak ayah, kini baru saya mengerti erti susah-payah mencari rezeki.

ikhlas
Kay Arnn Farelza@ hometown Sabak Bernam

Thursday, December 9, 2010

24jam.sehari


Salam hormat, kembali semula di laman ini.

Koordinasi peperiksaan hari yang ke-3, Alhamdulillah, berjalan seperti yang dirancangkan. Syukur kepada Allah SWT, kerana kudratku di bantu oleh LF-LF yang sangat dedikasi dan saling memahami antara satu sama lain. Kerjasama kalian amatlah saya hargai, selebihnya Allah yang melimpah ruahkan rezeki buat kalian semua.

Jam sudah 2.53 pagi, bertarikh 9 Disember 2010. Tugasan pejabat aku himpunkan di McD pagi ini. Dengan niat sengaja aku di sini untuk menyiapkan segala tugasan yang mungkin boleh di awalkan. Esok peperiksaan masih berlangsung. Pembantu rasmi aku, Kak Mah masih bercuti, maka, kene ikhtiar lebih sikit untuk siapkan kerja-kerja yang bakal tertangguh.

Terfikir sejenak, adakah kerana masa tidak mencukupi untuk aku siapkan segala tugasan ini sehingga membawa ke awal pagi? jawapannya. Masa mencukupi, aku yang tidak atur masa. Aku akui itu.

Ternyata, Allah berikan kita masa semua sama rata, 24 jam, tidak di kurangkan bagi orang yang meminta, tidak dilebihkan bagi orang yang memberi. Tinggal lagi bagaimana kita uruskan segala itu.

Di hitung dari awal, memang kita mempunyai perancangan dari segi pengurusan masa. Nyatanya, pelaksanaan itu melibatkan ramai pihak, dan cabaran juga pasti ada. Maka, jangan di salahkan takdir jika sesuatu tidak dapat dicapai pada masa yang telah kita tentukan. Allah telah rancang seperti mana yang kita rancang, malah perancangan Allah itu jauh lebih terkehadapan dan tak terjangkau dek akal kita. Maka, terima sesuatu dengan penuh rasa hikmah yang terkandung di sebaliknya.

Surah Al-Asr dengan jelas menyatakan, sesungguhnya demi masa, manusia itu dalam kerugian. Melainkan yang beriman dan beramal soleh. Mereka yang berpesan-pesan pada kebenaran, dan berpesan-pesan juga dengan kesabaran. 

Menyampaikan sesuatu yang benar memang pahit jika tidak kena pada gayanya, namun lebih dari itu, mempertahankan kesabaran itu adalah cabaran. Ramai yang tewas di dalam mempertahankan kesabaran kerana kesabaran itu melibatkan masa. 

Barangkali mahu di katakan, 24 jam itu mencukupi malah terlebih jika tiada apa yang boleh dilakukan dalam sehari-hari. Kerana, setiap orang mahu hidup dengan bermewah-mewah, tiada tugasan, lena sepanjang hari, makanan di siapkan..owh indahnya..aku juga mahu begitu.

Tapi, hakikatnya, Allah jadikan hidup kita bukan untuk semua itu. Allah mahu kita mengenal,melihat, mentafsir. Oleh sebab itu, masa itu wujud supaya kita mempunyai perancangan untuk mengenal,melihat dan mentafsir.

Banyak lagi mahu ditulis, sebaiknya di sambung untuk penceritaan selanjutnya.

sama ada kita menentukan masa, atau masa yang menentukan kita..renung-renungkan.

Kay @ McD Kuala Terengganu. 3.20 am.

Tuesday, December 7, 2010

Maal.Hijrah.1432H


Salam Penghijrahan buat semua.

Terbit rasa syukur aku dari semalam selepas Asar bersama-sama dengan staff di ofis berdoa akhir tahun yang di pimpin oleh Hj. Rushdan. Terasa banyak perkara yang telah berlaku sekian lama setahun Hijrah telah aku lalui dengan pelbagai cerita suka-duka, tawa-nangis, hiba-gembira..macam-macam perasaan lagi.

Iktibar dari penghijrahan Rasulullah SAW, dari Kota Mekah ke Kota Madinah, menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar, menjadi bait lirik lagu Maal Hijrah saban tahun di dengari, tidak jemu walau sedikitpun.Cuma, masih ramaikah umat Islam yang masih mengingati peristiwa hijrah Rasulullah hatta tujuan berhijrah?

Mungkin aku terlalu idealistik untuk menceritakan itu. Ilmu aku bukanlah setinggi para cendekiawan, malah ulama', even ustaz pun tak sampai, tapi selagi akal dan ilmu yang ada, mari dikongsi bersama.

Menentukan arah, mudah, memandu arah, juga mudah, tapi yang susah adalah menandakan arah dan cuba mencari arah lain. Itulah hijrah. Hijrah dalam ertikata lain, bukan bermakna yang dahulu itu tidak baik, yang sebetulnya adalah mencari panduan hidup baru dan menambah apa yang masih kurang.

Ingatlah, hidup perlu dengan penambahan ilmu, bukan pengekalan ilmu. Ilmu perlu di kongsi, perlu disampaikan, perlu di amalkan.

Hari ini, berkongsi ilmu dengan rakan sekerja, Redza, sewaktu bermain bowling untuk pemilihan wakil company. Kononnya. Walaupun aku sendiri tak pandai bermain sangat, tapi basic dan cara permainan, aku share, sangat seronok bila apa yang kita sampaikan dapat di manfaatkan oleh dia.

Hijrah juga menentukan apa yang kurang dalam diri kita, perlu di tambah. Bagi aku sendiri, kurangnya aku dari segi pengisian ilmu rohaniah, perlu kepada pembacaan dan cara paling bagus adalah diskusi bersama rakan-rakan. Sukar untuk menjadi seperti dahulu, paling tidak, cuba ke arah itu..InsyaAllah.

Bukan mudah untuk menjadi yang terbaik bagi orang lain. Tetapi kita mampu untuk menjadi baik untuk diri sendiri. Sifir yang mudah. Tiada siapa yang dapat tafsir mengapa kita begitu dan begini, hanya kita yang tahu mengapa, dan jawapan kebanyakan mereka, pengalaman dan cerita hidup menjadikan mereka begitu begini.

Malam ini hujan renyai, tengkujuh di bumi Terengganu kembali.
Alhamdulillah, sejuk itu nikmat yang Allah berikan.

Sudah jam 11.00 malam. Berehat untuk seketika.

arjuna.malaya @ AizCorner, Padang Nenas.

Friday, November 26, 2010

optimistik.fantastik

hah.bersiaran secara rasmi dari McD Kuala Terengganu.
Kesesakan talian wireless McD menyebabkan aku bertukar ke Celcom BB aku.

hari ini, aku seharian di ofis. Masuk jam 7.25 pagi, dan pulang (tak balik betul-betul pun) jam 11.30 malam, ambil Arez di rumah lalu terus ke McD. Hahhaha.kesimpulannya.tenaga yang digunakan sangat optimistik.

Aku memerhatikan gelagat student yang ramai mengulangkaji pelajaran, exam barangkali.
Teringat zaman aku dulu, begitu la jugak..bertungkus lumus. Semoga kalian suatu masa, jadi orang yang berguna.

Untuk si dia, apa khabar? sudah tidurkah? atau masih membaca novel?

Untuk hari ni, cukup sekadar ini.
Sebab esok, pagi ada pendaftaran graduan konvokesyen, petang rehearsal.
Semoga dapat gagahkan diri untuk bangun pagi, hahaha..

Awak, tolong kejutkan saya kalau Subuh saya masih tak mesej awak.

arjunamalaya.10
1.26am@McD KT

Monday, November 22, 2010

Seandainya.Daku.Bersalah

Lunch hour sekarang.
Semalam, sampai Kuala Terengganu jam 09.30 malam. Menepati sasaran, sampai dalam tempoh 5 jam dari Ampang. Singgah di kenduri Naufal.Tahniah dari aku untuk kamu.
Berhenti rehat makan bihun tomyam di PokTomyam,

Terserempak + terjumpa = Abir, Seli, Hj.Mat Aris, Kuden, Epul Lala, Rahmat Jambu.
Bersembang sambil cerita tentang kerja+badminton Sukan Asia (Malaysia bertungkus-mulus, tapi tewas akhirnya..huu).

Bukan pasal atas ini yang aku nak cakap. Pasal lain sebenarnya.

Sesuatu yang menyetuh hati, aku ada lukakan hati orang. Bukan sikit. dah banyak kali.
Maaf memang tak cukup, kena hukuman setimpal. Tapi tak tahu bila hukuman akan tamat dan bebas seperti orang lain yang tak bersalah. Tapi kerana aku yang bersalah, aku berhak di hukum dan aku sanggup hadapi hukuman itu kerana aku tidak mahu sia-siakan sesuatu yang berharga yang masih ditinggalkan untuk aku. Apa dia? itu hanya aku yang tahu.

Jadi, ada lirik lagu untuk di dengari.

Sering hadir dalam diri
Perasaan sangsi
Perjalanan kasih kita yang berliku
Mungkin keterlaluan
Diriku menguji
Erti sebenar janji
Diantara kita berdua

Sering dalam diri
Kemarahan hati
Keterlaluan diriku mendugamu
Kadang-kala ku lupa
Kata-katamu dulu
Pintaku kasih
Percayalah takdir kita

Korus:
Seandainya daku bersalah
Maafkanlah daku kekasih
Aku menguji cintamu nan suci

Seandainya daku bersalah
Maafkanlah daku kekasih
Ternyata hatimu hanya untukku
Hanya untukku

Daku sering menyoal cinta
Tanpaku sedari menitis airmataku 

Ini lagu hasil karya Dr.Fazley, seandainya daku bersalah.
Maafkan daku. Kerana aku x sempurna sepertimana yang kau impikan.

Zohor dah lepas, cepat solat Kay.
1.44pm

Saturday, November 20, 2010

pilihan.hati

Assalamualaikum awal kalam buat semua.

Sesungguhnya, masa itu seharian memang ada 24jam. Tiada siapa yang di dunia ini mempunyai lebih dari 24jam atau kurang daripada itu. Yang membezakan cumalah tempoh masa siangnya, dan tempoh panjang malamnya.

Hakikat yang perlu diterima, tanpa bangkangan, hujah.. Maka, tiada alasan lagi kenapa blog ini aku gagal untuk update sepertimana yang di rancang. Rutinnya, sehari 2 kali posting. Semakin hari kerja semakin kritikal. Tekanan semakin memuncak dengan tugasan konvokesyen dan peperiksaan pelajar pada bulan hadapan. Maaf untuk yang membaca, aku tidak berkesempatan untuk update segalanya.

Eid-Ul-Adha telah berlalu...bagi mereka yang telah menyempurnakan Rukun Islam yang ke-5, tahniah di ucapkan semoga mendapat haji yang mabrur. Bukan mudah untuk menjadi tetamu Allah di sana tanpa ilmu dan persediaan yang baik. Itu yang aku fahami.

Mereka-mereka yang di tinggalkan di tanah air, melaksanakan ibadah qurban. Aku turut serta, memotong daging dan mengagihkan kepada penduduk-penduduk di kampung aku, sangat meriah, seronok tak terkira.
Namun aku tetap bersyukur kerana di dalam kehidupan ini, Allah telah aturkan sebaik mungkin. Setiap pengorbanan yang di lakukan mempunyai hikmah di sebaliknya.

Hikmah aku bertemu dengannya, sekian lama. Hanya teks sms sahaja yang banyak terhimpun di dalam telefon. Kali ini ia ada depan mata. Benar.

Benar, cerita hidup boleh di jadikan drama. Tetapi drama yang kita tonton tidak akan menjadi cerita hidup kita. Kita membayangkan perkara-perkara sedemikian tapi tak seperti yang di harapkan. 

Namun, aku bahagia. Kalau hidup ini tanpa cubaan dan dugaan, memang tidak akan sempurna. Hidup perlu di bezakan dengan gembira - duka, kaya-miskin, maju-mundur, celik-dungu, jujur-tipu, dan lain-lain. Perlu tahu semua itu, malah, mungkin perlu merasai barang satu dua cerita bersabit perkataan di atas.
Saya tahu saya bukan lelaki yang baik hati, tapi saya mahu berikan hanya yang terbaik untuk awak,
sebab ........yang terbaik untuk yang baik hati macam awak...
ikhlas 10.42am @ home ~ arjunamalaya.
 

Wednesday, November 10, 2010

panas.badan

hi...selamat kembali ke ruangan blog..kesekian kalinya aku tinggalkan lama jugak blog ni tanpa sebarang berita. walaupun begitu..aku tetap akan jenguk barang seketika.

sekarang ini Terengganu sudah mula musim tengkujuh..macam macam juga la kondisi badan aku ni. Hujung minggu lepas..menghabiskan masa bersama family di Pahang. Sambil-sambil pegi Air Terjun Ulu Bendul..sangat fantastik..lama tak mandi air terjun..

hantar family aku pulang ke Sabak Bernam, dengan tidur hanya setengah jam, memulakan perjalanan kembali ke Terengganu yang mengambil masa 8 jam..tanpa henti...untuk menghilangkan mengantuk..on Facebook sepanjang perjalanan..and update anything yang appeared kat wall aku..hehe.

kesudahannya, sampai di rumah jam 3.00 pagi..tu pun sempat lagi jumpa Abe Sam & Arez lalu terjebak makan roti canai..huaaa...mata sudah bengkak..lalu pejamkan mata sehingga Subuh jam 6.50 pagi..ape sudah jadi...

sejak dari itu..badan aku mula panas..kepala pusing-pusing..tapi masih boleh buat kerja..rasanya sebab jalan jauh..cukup energy tapi tak cukup fit.

so..rancang perjalanan sebaik mungkin..untuk elak tragedi macam aku..tersepit dalam jammed kat tanjung karang, kuala selangor & kapar...adulaaa..

badan yang panas sudah beransur pulih..terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya selalu...

saya sayang semua..

ikhlas
kay arnn farelza.

Wednesday, November 3, 2010

menulis.jadi.rutin

welcome back.again.

how many time i didn't update this lovely page. Hmm..sangat aku akui..kesibukan sebagai faktor pendorong untuk tidak menulis seaktif awal dulu. Apapun, bak kata pepatah, nak seribu daya, tak nak sudah. =)

mari kita tengok jam. 2.58 pagi. Lokasi aku. McD Kuala Terengganu. suasana? meriah..penuh seat. Setakat jam ni, belum perlukan lagi laptop charger. So, teruskan sahaja.

aktiviti yang telah berlangsung semalam. Alhamdulillah, sudah selesai kerja-kerja untuk announce examination day untuk Focal Person n HOF.SiMS Project sudah di update. Lega sedikit untuk minggu ini.So bolehlah untuk bercuti Deepavali di hadapan tv...lagi ganas tunggu kat Batu Caves..aiyakk..hahaha

melakukan sesuatu yang jarang dibuat untuk di jadikan rutin, amatlah sukar. oleh sebab itu, bukan mudah untuk menyenangkan sesuatu perkara. begitu juga merutinkan update blog ini. Discipline must in my mind.

Susah bukan? tambah untuk selalu mengingati perkara-perkara yang lepas. Allah SWT jadikan lelaki dan perempuan dengan kaedah pemikiran yang berlainan. Wanita emosional tetapi teliti, manakala lelaki rasional tetapi responsif. Maka, dua-dua saling memerlukan.

Jadi, tak perlu declare yang anda mahu kata, saya lebih sempurna jika saya single..itu mengarut.

Malam beranjak ke pagi..suasana hening. lagu ke udara..lagu Justin Biebier ( ntah macam mana ejaan nama dia ni) ..seronok kadang-kadang aktiviti awal pagi begini. Rasa sangat segar (jika tidur awal dan mencukupi masanya).

Sampai waktu Subuh nanti, mari kita pulang.

Esok pagi kita sambung cerita.

ArjunaMalaya2010.

Monday, October 25, 2010

baik.baik.saja.

sudah lama tidak menulis.
sebab ?

1. kerja semakin bertambah, terutama time-time selepas examination ni.
2. idea ada, cuma semangat tak ada.
3. sebab ada PC games yang paling 'passionate' a.k.a memberahikan..iaitu PES 2011.

apapun, aku tetap akan terus menulis, sebab ini adalah naluri aku. segala yang telah terjadi, menjadi sejarah. maka sejarah itu boleh menentukan, manakah kita berada sekarang. 

sudah jam 3.00 pagi, duduk bersama Arez di McD Kuala Terengganu, hanya ada 5 orang termasuk kami.

pagi tadi, aku datang awal, seawal jam 7.20. kereta aku yang ke tiga ada di parking new admin, heh..hari ini aku cukup tenang, sebab aku nak tengok, gadis bernama Buzz tu dah cool ke belum. Tension kerja rasanya.

pagi ini juga aku ada kursus singkat iOPi Tools Down Day, yang mana, Knowledge Management nak setiap CIA refresh balik apa yang di pelajari, huhu...actually, a lot of things about KM i in-out,get-lost, huh..yang paling menarik, aku dapat signature special from my big boss, GM INSTEP sendiri, semangatlah aku untuk membaca buku yang di hadiahkan oleh OPI team. Thanks a lot ya!

esok pagi ada meeting examination, need to prepare some kind of documents, actually, semua dah ada, tinggal nak present kat committee je. heh. ni cuma nak check-list.

Alhamdulillah, Allah permudahkan pelbagai urusan aku hari ini, syukur.
Harap esok-esok..akan baik-baik saja seperti sediakala. Amin..

anak rantau.
arjuna.malaya.3.06 am.

Thursday, October 21, 2010

sudah.tiga.hari

assalamualaikum.

sudah tiga hari aku tidak berkesempatan menjenguk laman kesayangan aku ni. a lot of work i must complete by this week. macam-macam cerita juga untuk di kongsikan.mostly. around myself and also my activities..for most.

first. futsal-futsal-futsal.penat and macam-macam untuk futsal..aku ni badan dahlah bulat, nak kena practice bagai professional playar..( hahaha..player la..)..position..full time goalkeeper..tak penah pegang position lain lagi. tapi sepanjang karier kat INSTEP ni, dah menjaringkan 6 gol juga sewaktu jadi goal keeper..kira sama level dengan Lucas Fabianski la..hehehe..aktiviti ini banyaknya di sebelah malam.

hmm..selain itu juga, tugas-tugas kesampingan..seperti jadi AJK untuk program kat ofis ni..hua...banyak betul la tugasan yang perlu di laksanakan..apapun. sangat indah hidup ini bila kita sentiasa di sibukkan dengan tugas.

Tuesday, October 19, 2010

time check.. 1.58 am
..lenguh satu badan bila mengenangkan permainan futsal yang habis jam 11 tadi, kemudian di sambung lagi dengan persidangan di Kopitiam Pok Wan with Rizal,San,Sam,Abir, Epul..korang memang batteri brand ape pakai ea..aku dah 'dok rok' ni haa..

sudah mandi, solat Isya'...rasa segar pulak mata ni. jenguk-jenguk muka buku (Facebook) rata-rata aku tengok orang dah kurang update Facebook ini. biarlah..bagi aku setiap orang ada nawaitu masing-masing kat Facebook..so pandai-pandai bawak diri. Kalau la mak bapak kita tau FB ni boleh mengkhayalkan, mungkin mereka terpaksa pesan kat anak-anak mereka :

"pandai-pandai anak mak bawak diri kat tempat Facebook"

emm...apapun..selamat pagi buat semua

Monday, October 18, 2010

penat.sehari


jam sudah 3.06 petang.

today is monday, a lot of people called it..Monday Blues...but not for me because, our working day started on Sunday..huhuhu..seharian di pejabat ni buat persiapan untuk external examiner. dari buku aturcara, backdrop, table, segala-galanya.

tapi Alhamdulillah, sangat bersyukur kerana bersama dengan rakan-rakan ofis yang sangat memahami betapa panik dan kritikalnya segala tugas yang perlu di selesaikan secepat yang mungkin, so kesempatan ini aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih to all from my SM, En. Wan Zul, then my boss, En. Mansor, my manager, Datin Maimon also Mr. Hamdan ( kejap ade kejap tak ada ), Kak Aida, Kak Serimah...you all semua sangat baik dan sangat membantu saya...Opss..lupa lak lagi seorang..nama dia Bazilah a.k.a Buzz...gadis ini sangat garang dengan saya...apapun..thanks again ya.

Petang ni masih ada kerja nak diselesaikan, by anyway still waiting if my boss ..huhu...kerja memang penat + memenatkan...tapi satu pengajaran yang sangat berguna aku dapat hari ini, make sure if you want to review apa juga yang you dah buat, make sure yang check adalah orang lain, bukan you sendiri, sebab mindset you already set dan confident kata yang itu betul. So sorry to all, my mistake tadi, salah jawatan, salah quote IPTA Professor tu, syukur juga Prof itu cool, walaupun aku assumed dia hurt sikit.

Pesan ilmuan, kesilapan yang berbeza itu biasa dalam hidup, tetapi kesilapan yang sama dalam hidup adalah suatu yang sia-sia.

Terima kasih kerana memenatkan saya hari ini.
Biar penat untuk pembelajaran dalam hidup.

arjuna.malaya.4.29pm

sudah.hujan

jam sekarang sudah 1.27 pagi.
mata masih segar, nawaitu memang mahu sangat ke McD..dah lelap juga untuk 2 jam untuk istilah 'charging' before sampi ke McD. heh.tapi apakan daya, sudah hujan pula di sini. tadi berkira-kira untuk sampai ke Subuh..hmmm...Arez tak tahu la di mana sekarang ni.

aku suka hujan time malam begini, sejuk dan sangat tenang. Tapi still agak panic kalau diselang seli dengan kilat dan petir. Kagum dan syukur padaMu Ya Allah. kejadian berlaku dengan sebaik mungkin dan sepertimana yang Kau tentukan. Alhamdulillah.

seronok, hujan ni macam cerita hidup kita juga. itu sebab ada keluar pepatah 'ku sangka panas hingga ke petang, rupa hujan di tengah hari' ..memang kalau hujan je, mesti sangkut paut dengan kesedihan. kenapa ye?

jawapan ada di hati masing-masing.

dugaan hari pertama tanpa jumpa nasi berjaya di harungi walaupun Seli, Abir n Epul nyaris memancing aku untuk nasi lemak n nasi goreng yang baunya sangat masyuk.Fokus..dan akhirnya aku makan Char Kuey Teow sahaja..memang rasa tak kenyang..tapi tabahlah..hehehe..

Perlawanan Liverpool (kegilaan Abe Sam) yang sangat celaru..dan akhirnya tewas lagi 2-0 di tangan Everton..memang menakutkan Liverpool yang kini di posisi 19 dari 20 pasukan untuk 8 games yang dah selesai. Kasihan..

Hujan masih lagi tak berhenti..
Aku mengalah..ada sebab Allah tak izinkan aku pegi ke McD..

selamat malam dunia Terengganu

Sunday, October 17, 2010

awan.petang


Alhamdulillah..

awan petang ini so beautiful. very nice with angin sepoi-sepoi bahasa.nak ambil gambar, kamera masih beradu di rumah. Terlalu lama sangat rasanya tak 'menembak' dengan abir and rizal.Mereka pun sibuk sekarang. Musim PPA...aku doakan semua dapat yang baik-baik aja.

aku tak kena PPA Mid Year Review, tapi still tengok-tengok jugak ape yang masih kurang. jangan main-main kerja ya. Tapi yakin nawaitu Lillahi Taala, InsyaAllah..ramai yang akan membantu.. Aku masih lagi di ofis, tunggu kak aida siapkan kerja dia. Macam ape je lak kalau tinggalkan dia sensorang. Tolong aku dah banyak tadi. Alang-alang nak balik, dengar lagu yang best..kanda dinda.. Atilia dengan Monologue. =)

awan petang ni sangat damai. sedamai hati aku. hehe..jiwang la pulak. ciptaan Allah sesuai mengikut musimnya, dan kebesaran Allah ini amatlah berbaloi jika kita alunkan puji-pujian kepada-Nya. Kadang-kadang, awan petang ni menceritakan rasa gembira kita, rasa sedih kita, rasa suka kita, rasa cinta kita. Boleh untuk jadi suatu bingkisan puisi atau novel.

pernah aku bertanya pada seseorang yang aktif dalam dunia blog, blog ini umpama awan, bentuk awan sentiasa berubah-ubah, kadang-kadang panas terik, hujan, mendung, semua awan ada. Orang selalu memandang ke awan, sebab awan bergerak, tanpa kita sedar. tahu-tahu, awan yang kita lihat itu dah semakin jauh. 

begitulah dunia blog, apa yang kita rasa setiap hari berubah-ubah, kadang-kadang kita gembira, sedih, kecewa, gembira, suka, semua ada. Orang ramai suka jika blog kita banyak variasi cerita, sebab blog hidup dengan kehidupan kita, ceritalah soal sukan ikut cerita kita, buat rumusan pasal isu semasa dari minda kita sendiri. tapi yang pasti, orang selalu memandang awan hanya seketika, kemudian ia berlalu pergi, jadi, macam blog, untuk orang selalu tengok kita, selalulah update blog.

aku percaya akan naluri aku. sebab apa yang kita lihat, itulah yang kita tafsir.
khairul, jangan lupa rukun Islam kedua..solat lima waktu,..Asar dah sudah belum?

arjuna.malaya.06.21pm

senang.lupa




tengah hari sudah.
Alhamdulillah, pagi tadi sudah berjaya menamatkan misi sesi Aerobik dengan baik sekali. Kebiasaannya, dah nak habis sesi baru la aku sempat menyelit. Hehe..geng-geng yang stand kat belakang macam Abir, Rizal, Hafiz, Fairuz, Hj. Jai, perasan la aku kot kalu lambat..by anyway, today punya aerobik, tak best, sebab lagu hindustan..adulaaa..abir..perutmu dah kempis ke? hehehe

Selesai je aerobik, my boss called for important task, even i already finished several tasks, still ada gak yang aku lupa nak put into. adulaa.. Manusia ini sering lupa dan melupai bila kesenangan menanti. Ya Allah, jauhi aku dari sifat lupa untuk bersyukur dari-Mu.

apapun, tak di lupakan , cik Buzz yang suka cari pasal, kak aida yang sporting and juga Abang Zaid yang kacak sebab tolong ambe siapkan bahan-bahan untuk program esok. Jasa kalian memang aku tak lupa.

Cadang nak pegi makan roti payang petang ni. Opsss...i forgot my diet plan..owh please...godaan maha kuat. Susah kan untuk mempertahankan apa yang kita lakukan. Tapi senang untuk kita hancurkan. 

Selalu beringat dan jangan lupa.
Zuhur time. Let us perform Solat..

arjuna.malaya 1.35pm

pagi.sudah.cerah

 

syukur kepada Allah, jam sudah 7.08 pagi
kembali aku melihat dunia biarpun hanya 3 jam bersengkang mata, membetulkan mana-mana yang kurang dalam blog ni.Alhamdulillah. segala pujian bagi-Mu Ya Allah.

Tiada yang lebih bermakna dalam hidup ini melainkan mendapat rahmat dan kasih sayangMu. Benar kata cendikiawan agama, biar hidupmu tidak di hargai oleh manusia di atas bumi, jangan sampai kamu tidak berharga di sisi Allah SWT.

Pagi ni, ada aerobic exercise, should @ must go? of course. nawaitu yang positif akan menghasilkan keputusan yang positif. Heh..always positif thinking la ni. Kalau di KL, please, you kena out dah from your home right now, tapi di sini, Alhamdulillah, jalan not too much busy, easy to access. so, no need too rush.

Breakfast? remember, no rice please!...
Hmm...find something la...always roti bakar? how?

Welcome sunshine..
arjuna.malaya

malam.ke.pagi



aik..sudah pagi rupanya.
mata suda mahu pejam, tapi otak still berfikir ligat. ape lagi yang tak setel ni ea...huuu..
malam ni tadi, pergi ke airport, tunggu si rizal dengan adiknya datang sini. selamat datang ke terengganu wahai adik rizal. hahahha

malam tadi, ManChicken United main bola, seperti biasala, ayam dapat bola memang dah ape-ape jadi ngan permainan dia. tau-tau dah seri 2-2 dengan Wes Brom...sorak gile aku kat Fairuz, Saiful dengan si Rizal. Konon nak buat tag team kenakan aku ngan abe sam..tak jadi..nyaris nak kalah lagi ada.

hmm..this is my life at Kuala Terengganu, for almost 10 months here, find the best places for 'lepak' or just have a simple discussion. Apapun, masih mampu gembira dengan kehidupan yang serba mencabar ini.

akhirnya aku tahu, nape rasa macam kurang sumthing...Isya' aku masih belum tunaikan..Astagfirullahalazim..

selamat pagi dunia.

Saturday, October 16, 2010

Kerja(+)Ibadah(x)Lapar


Masih di ofis. Menghimpun kerja-kerja yang perlu di bereskan sebelum esok. Kerana esok ada lagi banyak menanti. Tapi yakin kata cerdik pandai, jadikan kerja itu sebagai ibadah, nescaya, keberkatan kerja itu ada dan kita takkan tertekan. Insya-Allah (memang ada kebenaran)

Sebagai anak jati Malaysia, memang rasa lapar kalau tak makan nasi. Tapi dah niat, cuba untuk tak menyentuh nasi bermula hari ini selama sebulan. Cabaran untuk aku (hahaha) mampu ke? By anyway, hope all my best friends, jangan goda-goda ke restoran yang menawan hati. Sekadar ke kedai mamak makan roti canai, memadai (eh, ada ke roti canai malam-malam )?

Bukan mudah untuk mempertahankan sesuatu daripada mendapat sesuatu. Huh ! Wahai arjuna, positifkan diri untuk segala kemungkinan yang berlaku.

Asar semakin luput waktunya. Khairul Anuar, sila tunaikan tanggungjawabmu pada Tuhan.

Perancangan vs Keputusan


Right now, 1.02 pm, lunch time ! huhu. Today, aku pecah rekod, breakfast seawal jam 5 pagi. After Subuh, continue sleep, coz mostly ramai member aku go to office because all of them kata ada pertandingan memasak (reti ke korang), and aku tak terbabit, so better melayan perasaan di kamar beradu yang sangat sejuk dan gelap.

Kadang-kadang, quite difficult to decide a good plan for your good life.Perancangan sangat mengkagumkan, tapi wahasilan, lari dari sasaran. Begitu juga dengan amalan, kita merancang untuk segala amalan untuk mendekatkan diri kita dengan Yang Maha Pencipta, namun dugaan+godaan+nafsu akan buat kita sering terbabas. Syukur kerana masih menjadi manusia yang sentiasa mengingati akan MATI.

Waiting time for Zuhur, mencongak-congak for a best lunch for today.

Percubaan.Pertama


selamat pagi

bersiaran secara rasmi dari McD Kuala Terengganu.
cuba nak idupkan balik ilmu 'css & html coding' untuk template blog.
sudahnye. error aje.

tu la..tuntut ilmu IT tak habis.
dah tak boleh nak tido. main internet sampai lebam.

selamat separa malam separa pagi dunia.
arjuna.malaya.

Friday, October 15, 2010

Ahlan Wa Sahlan..


Salam hormat

Sekian lama tak ber'mesra' dengan blog.
Aku datang kembali.
Banyak cerita perlu di kongsi. barangkali.

Tanpa perlu pengucapan panjang setebal novel.
Isinya tetap padat.
Aku sayang semua yang sayang aku..(jika ada)

Ikhlas
{kay.khairul}