Thursday, December 9, 2010

24jam.sehari


Salam hormat, kembali semula di laman ini.

Koordinasi peperiksaan hari yang ke-3, Alhamdulillah, berjalan seperti yang dirancangkan. Syukur kepada Allah SWT, kerana kudratku di bantu oleh LF-LF yang sangat dedikasi dan saling memahami antara satu sama lain. Kerjasama kalian amatlah saya hargai, selebihnya Allah yang melimpah ruahkan rezeki buat kalian semua.

Jam sudah 2.53 pagi, bertarikh 9 Disember 2010. Tugasan pejabat aku himpunkan di McD pagi ini. Dengan niat sengaja aku di sini untuk menyiapkan segala tugasan yang mungkin boleh di awalkan. Esok peperiksaan masih berlangsung. Pembantu rasmi aku, Kak Mah masih bercuti, maka, kene ikhtiar lebih sikit untuk siapkan kerja-kerja yang bakal tertangguh.

Terfikir sejenak, adakah kerana masa tidak mencukupi untuk aku siapkan segala tugasan ini sehingga membawa ke awal pagi? jawapannya. Masa mencukupi, aku yang tidak atur masa. Aku akui itu.

Ternyata, Allah berikan kita masa semua sama rata, 24 jam, tidak di kurangkan bagi orang yang meminta, tidak dilebihkan bagi orang yang memberi. Tinggal lagi bagaimana kita uruskan segala itu.

Di hitung dari awal, memang kita mempunyai perancangan dari segi pengurusan masa. Nyatanya, pelaksanaan itu melibatkan ramai pihak, dan cabaran juga pasti ada. Maka, jangan di salahkan takdir jika sesuatu tidak dapat dicapai pada masa yang telah kita tentukan. Allah telah rancang seperti mana yang kita rancang, malah perancangan Allah itu jauh lebih terkehadapan dan tak terjangkau dek akal kita. Maka, terima sesuatu dengan penuh rasa hikmah yang terkandung di sebaliknya.

Surah Al-Asr dengan jelas menyatakan, sesungguhnya demi masa, manusia itu dalam kerugian. Melainkan yang beriman dan beramal soleh. Mereka yang berpesan-pesan pada kebenaran, dan berpesan-pesan juga dengan kesabaran. 

Menyampaikan sesuatu yang benar memang pahit jika tidak kena pada gayanya, namun lebih dari itu, mempertahankan kesabaran itu adalah cabaran. Ramai yang tewas di dalam mempertahankan kesabaran kerana kesabaran itu melibatkan masa. 

Barangkali mahu di katakan, 24 jam itu mencukupi malah terlebih jika tiada apa yang boleh dilakukan dalam sehari-hari. Kerana, setiap orang mahu hidup dengan bermewah-mewah, tiada tugasan, lena sepanjang hari, makanan di siapkan..owh indahnya..aku juga mahu begitu.

Tapi, hakikatnya, Allah jadikan hidup kita bukan untuk semua itu. Allah mahu kita mengenal,melihat, mentafsir. Oleh sebab itu, masa itu wujud supaya kita mempunyai perancangan untuk mengenal,melihat dan mentafsir.

Banyak lagi mahu ditulis, sebaiknya di sambung untuk penceritaan selanjutnya.

sama ada kita menentukan masa, atau masa yang menentukan kita..renung-renungkan.

Kay @ McD Kuala Terengganu. 3.20 am.

0 comments:

Post a Comment

really appreciated your comments. thanks a lot