Tuesday, December 7, 2010

Maal.Hijrah.1432H


Salam Penghijrahan buat semua.

Terbit rasa syukur aku dari semalam selepas Asar bersama-sama dengan staff di ofis berdoa akhir tahun yang di pimpin oleh Hj. Rushdan. Terasa banyak perkara yang telah berlaku sekian lama setahun Hijrah telah aku lalui dengan pelbagai cerita suka-duka, tawa-nangis, hiba-gembira..macam-macam perasaan lagi.

Iktibar dari penghijrahan Rasulullah SAW, dari Kota Mekah ke Kota Madinah, menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar, menjadi bait lirik lagu Maal Hijrah saban tahun di dengari, tidak jemu walau sedikitpun.Cuma, masih ramaikah umat Islam yang masih mengingati peristiwa hijrah Rasulullah hatta tujuan berhijrah?

Mungkin aku terlalu idealistik untuk menceritakan itu. Ilmu aku bukanlah setinggi para cendekiawan, malah ulama', even ustaz pun tak sampai, tapi selagi akal dan ilmu yang ada, mari dikongsi bersama.

Menentukan arah, mudah, memandu arah, juga mudah, tapi yang susah adalah menandakan arah dan cuba mencari arah lain. Itulah hijrah. Hijrah dalam ertikata lain, bukan bermakna yang dahulu itu tidak baik, yang sebetulnya adalah mencari panduan hidup baru dan menambah apa yang masih kurang.

Ingatlah, hidup perlu dengan penambahan ilmu, bukan pengekalan ilmu. Ilmu perlu di kongsi, perlu disampaikan, perlu di amalkan.

Hari ini, berkongsi ilmu dengan rakan sekerja, Redza, sewaktu bermain bowling untuk pemilihan wakil company. Kononnya. Walaupun aku sendiri tak pandai bermain sangat, tapi basic dan cara permainan, aku share, sangat seronok bila apa yang kita sampaikan dapat di manfaatkan oleh dia.

Hijrah juga menentukan apa yang kurang dalam diri kita, perlu di tambah. Bagi aku sendiri, kurangnya aku dari segi pengisian ilmu rohaniah, perlu kepada pembacaan dan cara paling bagus adalah diskusi bersama rakan-rakan. Sukar untuk menjadi seperti dahulu, paling tidak, cuba ke arah itu..InsyaAllah.

Bukan mudah untuk menjadi yang terbaik bagi orang lain. Tetapi kita mampu untuk menjadi baik untuk diri sendiri. Sifir yang mudah. Tiada siapa yang dapat tafsir mengapa kita begitu dan begini, hanya kita yang tahu mengapa, dan jawapan kebanyakan mereka, pengalaman dan cerita hidup menjadikan mereka begitu begini.

Malam ini hujan renyai, tengkujuh di bumi Terengganu kembali.
Alhamdulillah, sejuk itu nikmat yang Allah berikan.

Sudah jam 11.00 malam. Berehat untuk seketika.

arjuna.malaya @ AizCorner, Padang Nenas.

0 comments:

Post a Comment

really appreciated your comments. thanks a lot