Monday, December 26, 2011

walk-a-blog @ pantai bno. sabak bernam

salam to all walkablog

blog ini di tulis sambil memerhatikan keadaan sekeliling. nak tulis di facebook xsesuai sebab blog ada fungsinye sendiri

petang tadi aku g pantai bno. a.k.a bagan nakhoda omar. kira-kira 20 km dari pekan sabak bernam.

air pasang. so adik aku xde chance nk kutip remis. aku teringin gak nk main selut . xde rezeki. so lepak je ngan ayah aku g makan mee udang kak zaiton. kira glemer la kat sini.

kalau sape berminat. googlekan maps anda ke pantai yang aku maksudkan di atas

adios. heh

posted from Bloggeroid

Saturday, December 24, 2011

menulis sambil berjalan

aku cuba menulis menggunakan android apps. berjayakah?

posted from Bloggeroid

Monday, September 5, 2011

bersukan hari raya


 Sekian lama aku tak isi apa-apa dalam blog ni. 
Dengan tidak sengaja, sebab aku terlalu sibuk, komitmen itu ini.

Tapi, betul kata orang, apa yang kita suka
Kita tidak akan tinggalkan terus, berhenti sebentar, dan sambung semula.

Begitu juga aku dengan tenis
Dah jadi darah daging start form 3 lagi, cuma daging aku makin banyak lemak je 
buatkan motion and formation play jadi slow sikit.

Petang tadi, aku cuba main ( tenis ) semula.
Fokus untuk menang dan bijak cari peluang ( ingat pesan En. Lajiman Janoory )
Yes, aku menang ke atas Abir ( 6-1, 5-1 ). Kenapa lima je pada set kedua?
Sebab dah azan maghrib.
Seronok sebab ofis aku lengkap segala facility.

Cuma aku terkilan sikit hari ni. Lain berlaku, lain pula yang diceritakan pada orang.
Ada ke patut, orang tu yang add aku dalam facebook, aku pula yang di tuduh gatal.
Adoi, tolongla jangan buat fitnah macam ni. 

Malaysia tak maju kalau ada orang suka buat cerita macam ni. Adoi.
Malam ni ada futsal. Aci tak kalau tak nak pegi?

Friday, April 8, 2011

blog.sudah.berhabuk


susah kalau blog sudah berhabuk
nak update pun dah tak semangat
apepun..jika ada masih yang mengikuti, terima kasih.
saya masih menulis, cuma tak dipublishkan saje.
sebab yang ditulis tu mengarut.

hari ini, ramai yang balik kampung halaman
saya ? duduk rumah di Sri Hartamas Gong Badak 4 je.
sebab ? dah 2 minggu lepas saya balik kampung 2 kali.
ingat nak gunting rambut, kedai pulak tutup.

cerita hari ini, macam biasa, fakta+auta sikit-sikit,
Partai Dacing guna televisyen untuk mencerca tak tentu sah cerita.
hari ni jugak, dapat tau, Jepun kena attack gempa 7.4, tsunami lagi kah?
makanan malam ni? agak-agak nak makan style Arab la..

dah cukup tidur rasanya..mari layan PES 2011. Chelsea on top sekarang..hehe

Thursday, February 10, 2011

cakap.pasal.kesihatan


Hari ni ada aktiviti bertemakan kesihatan sempena INSTEP QHSE Month 11. Jadi mari cerita pasal kesihatan.Senang aku buat beberapa rumusan.

1. Tak kira tua muda, potensi untuk kena sakit 3 bersaudara itu adalah tinggi ( kencing manis, darah tinggi, panau ) ...hahaha..tak la..sakit jantung..

2. 70% perokok aktif adalah orang miskin...hahaha

3. Setiap orang berbeza metabolisma, jadi ketahui kadar metabolisma anda dan makan ikut kemampuan metabolisma anda, bukan kemampuan anda makan. hahaha..

4. Mengurangkan pengambilan nasi dan lebihkan lauk akan mengawal berat badan, tetapi pengambilan lauk yang berlebihan bayar ciput akan membuat toke kedai hilang akal. hahaha..

5. Bukan semua orang kacak. Tapi orang kacak selalunya saya.

6. Anak-anak dan remaja golongan yang paling berisiko terhadap ancaman rokok,dadah,gejala sosial. Kesimpulan, bapak borek anak rintik.

7. ada awek cun buat promotion, semua produk aku test, tetiba ada orang call, terus aku tinggalkan awek tu gitu je..hahaha..

8. The Biggest Loser punya program not recommended sebab lost weight secara ekstrem. So, ekstrem untuk lebih makan. hahaha...

9. Lebihkan pengambilan makanan free kerana ianya sudah disukat secara sewajarnya.

10. Perempuan hisap rokok untuk lebih ramping. Kalau lelaki hisap ape lak nak bagi ramping? hahaha..

Sunday, February 6, 2011

RayaCina+IjabKabul=Februari


Yihaa...( mode ayat pelat Cina )
Sekarang bulan Februari sula mali..haiya..manyak wa punya peng-yu sula ijab.kabul. Apa itu ijab.kabul?
Sinang cilita, itu majelis pernikahan maa..itu olang Muslim kene bikin itu macam. Itu lagi senang mau kila..kawin maa.

Wa sini mau announce wa punya kawan sula kawin, sinalai sipiti li bawah :

Wa punya opis mate :
Lijal (Rizal) sama itu Lasha (Tasha Alina)...Haiyo...itu bulak nama Akim sula telepas punya. hahaha...
Wa punya school mate :
Ayu Indayu, Syahrul Naim, sama itu Lodi (Rodi KMJ), siapa lagi..haiya..itu Wawan (Syazwan) juga sama..

Manyak woo..
Wa? lu tanya wa bila pulak? haiya...tala kisah punya..wa kilija kasi wang manyak..wa mau angkat itu isteli silupa itu Lisa Sulihani..hahha..ala ka itu macam..hahaha..nanti ada..wa kasi la lu olang bagitau..tala lisau munya..

Dah..cukup mengarut hari ni. Sebagai 'doorgift' bacalah salasilah perkahwinan Melayu di Malaysia di bawah sebagai pedoman hidup. Amin.

Buat yang berbangsa Cina dan seangkatannya. GONG XI FA CAI..walaupun dah terlajak..hahaha..


Saturday, January 15, 2011

2011 : januari & baru

Alhamdulillah.
syukur ketemu tahun 2011. Perancangan tahun ini mahu atur sebaik mungkin.
Jasa-jasa 2010 tidak mungkin di lupakan. Malah terharu, tak mungkin dapat di rotate kembali.
Itu sebab wujudnya muzium, simpan barang untuk generasi akan datang.

15 hari terlajak untuk ucap Selamat Tahun Baru.
kesibukkan kerja, of course. sama juga mereka-mereka yang menempuh alam kerja tahun baru.

tahun ini, aku kembali aktif untuk fotografi. Mohon restu dan petunjuk untuk menjadi lebih baik.
awal bulan ini, berpindah ke rumah baru, sebagai persediaan hari mendatang.

tapi tak seindah yang di jangka. 
5 tahun penantian, ketibaan yang tidak di raikan.
lupakan itu sukar, maka mahu membenci, itu bukan kebaikan.
redho itu sebagai satu kekuatan.

petang ini mahu iron baju, kemudian ke luar seketika.
mari menjadi yang lebih baik. Amin Ya Rabbal Alamin.