Saturday, January 15, 2011

2011 : januari & baru

Alhamdulillah.
syukur ketemu tahun 2011. Perancangan tahun ini mahu atur sebaik mungkin.
Jasa-jasa 2010 tidak mungkin di lupakan. Malah terharu, tak mungkin dapat di rotate kembali.
Itu sebab wujudnya muzium, simpan barang untuk generasi akan datang.

15 hari terlajak untuk ucap Selamat Tahun Baru.
kesibukkan kerja, of course. sama juga mereka-mereka yang menempuh alam kerja tahun baru.

tahun ini, aku kembali aktif untuk fotografi. Mohon restu dan petunjuk untuk menjadi lebih baik.
awal bulan ini, berpindah ke rumah baru, sebagai persediaan hari mendatang.

tapi tak seindah yang di jangka. 
5 tahun penantian, ketibaan yang tidak di raikan.
lupakan itu sukar, maka mahu membenci, itu bukan kebaikan.
redho itu sebagai satu kekuatan.

petang ini mahu iron baju, kemudian ke luar seketika.
mari menjadi yang lebih baik. Amin Ya Rabbal Alamin.

0 comments:

Post a Comment

really appreciated your comments. thanks a lot