Friday, December 10, 2010

kembali.ke.sekolah


Salam hormat buat kalian semua.

Tajuk tak semestinya aku yang terlibat secara langsung. Maksudnya, adik-adik aku yang start balik sesi persekolahannya tahun hadapan, tak silap aku 3 Januari 2011. Maka, persiapan membeli belah baju sekolah mereka aku laksanakan pada hari ini.

Sebelum tu, maaf, semalaman tiada entri, sebab aku on drive dari Kuala Terengganu-Kuala Lumpur - Kuala Selangor..baru sampai Sabak Bernam. 8 jam perjalanan yang meletihkan. Sampai terlelap kat trafic light pun tak sedar lagi..hahaha..tak tau la ada kete ke tidak masa aku terlelap tu..ingat, letih berehat seketika.

Sambung balik. Seorang akan ambik SPM tahun depan, sorang lagi darjah dua. hai la...kecik lagi si bongsu ni.

Sesi pagi tadi, aku belikan kasut sekolah mereka. Seronok jugak layan karenah diaorang ni. Paling funny si bongsu la, beria-ia nak pakai kasut ada tali, ikat tak pandai. Tapi sebab dia nak sangat, so belikan la jugak dua pasang. Tapi brand tau lak memilih,budak-budak zaman la ni..hmmm..

Sebelah petang tadi, dua-dua orang ini membeli baju dan juga seluar sekolah. Barang-barang penting untuk mereka sekolah. Kebetulan pula hari ini hari Jumaat, so singgah di pasar malam. Terserempak dengan cikgu-cikgi, kawan sekolah lama, si Asril Azizan, bawa family jalan-jalan gitu..wow!

Bila teringat pasal beli keperluan sekolah ni, teringat aku masa kecik-kecik dulu, susah payah juga ayah & mak aku nak beli keperluan sekolah untuk aku, kakak aku, dan pada masa yang sama adik-adik aku yang kecil juga perlu makan pakai. Besar sungguh pengorbanan mereka. Kalau hitung duit gaji ayah aku masa tu yang pangkat Sarjan je dalam askar, susah juga nak hidup time tu. Syukur, rezeki lebih yang aku ada ini, aku tolong orang tua aku. Itulah jasa kecil yang boleh aku lakukan sementara mereka masih ada depan mata aku.

Terima kasih mak ayah, kini baru saya mengerti erti susah-payah mencari rezeki.

ikhlas
Kay Arnn Farelza@ hometown Sabak Bernam

Thursday, December 9, 2010

24jam.sehari


Salam hormat, kembali semula di laman ini.

Koordinasi peperiksaan hari yang ke-3, Alhamdulillah, berjalan seperti yang dirancangkan. Syukur kepada Allah SWT, kerana kudratku di bantu oleh LF-LF yang sangat dedikasi dan saling memahami antara satu sama lain. Kerjasama kalian amatlah saya hargai, selebihnya Allah yang melimpah ruahkan rezeki buat kalian semua.

Jam sudah 2.53 pagi, bertarikh 9 Disember 2010. Tugasan pejabat aku himpunkan di McD pagi ini. Dengan niat sengaja aku di sini untuk menyiapkan segala tugasan yang mungkin boleh di awalkan. Esok peperiksaan masih berlangsung. Pembantu rasmi aku, Kak Mah masih bercuti, maka, kene ikhtiar lebih sikit untuk siapkan kerja-kerja yang bakal tertangguh.

Terfikir sejenak, adakah kerana masa tidak mencukupi untuk aku siapkan segala tugasan ini sehingga membawa ke awal pagi? jawapannya. Masa mencukupi, aku yang tidak atur masa. Aku akui itu.

Ternyata, Allah berikan kita masa semua sama rata, 24 jam, tidak di kurangkan bagi orang yang meminta, tidak dilebihkan bagi orang yang memberi. Tinggal lagi bagaimana kita uruskan segala itu.

Di hitung dari awal, memang kita mempunyai perancangan dari segi pengurusan masa. Nyatanya, pelaksanaan itu melibatkan ramai pihak, dan cabaran juga pasti ada. Maka, jangan di salahkan takdir jika sesuatu tidak dapat dicapai pada masa yang telah kita tentukan. Allah telah rancang seperti mana yang kita rancang, malah perancangan Allah itu jauh lebih terkehadapan dan tak terjangkau dek akal kita. Maka, terima sesuatu dengan penuh rasa hikmah yang terkandung di sebaliknya.

Surah Al-Asr dengan jelas menyatakan, sesungguhnya demi masa, manusia itu dalam kerugian. Melainkan yang beriman dan beramal soleh. Mereka yang berpesan-pesan pada kebenaran, dan berpesan-pesan juga dengan kesabaran. 

Menyampaikan sesuatu yang benar memang pahit jika tidak kena pada gayanya, namun lebih dari itu, mempertahankan kesabaran itu adalah cabaran. Ramai yang tewas di dalam mempertahankan kesabaran kerana kesabaran itu melibatkan masa. 

Barangkali mahu di katakan, 24 jam itu mencukupi malah terlebih jika tiada apa yang boleh dilakukan dalam sehari-hari. Kerana, setiap orang mahu hidup dengan bermewah-mewah, tiada tugasan, lena sepanjang hari, makanan di siapkan..owh indahnya..aku juga mahu begitu.

Tapi, hakikatnya, Allah jadikan hidup kita bukan untuk semua itu. Allah mahu kita mengenal,melihat, mentafsir. Oleh sebab itu, masa itu wujud supaya kita mempunyai perancangan untuk mengenal,melihat dan mentafsir.

Banyak lagi mahu ditulis, sebaiknya di sambung untuk penceritaan selanjutnya.

sama ada kita menentukan masa, atau masa yang menentukan kita..renung-renungkan.

Kay @ McD Kuala Terengganu. 3.20 am.

Tuesday, December 7, 2010

Maal.Hijrah.1432H


Salam Penghijrahan buat semua.

Terbit rasa syukur aku dari semalam selepas Asar bersama-sama dengan staff di ofis berdoa akhir tahun yang di pimpin oleh Hj. Rushdan. Terasa banyak perkara yang telah berlaku sekian lama setahun Hijrah telah aku lalui dengan pelbagai cerita suka-duka, tawa-nangis, hiba-gembira..macam-macam perasaan lagi.

Iktibar dari penghijrahan Rasulullah SAW, dari Kota Mekah ke Kota Madinah, menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar, menjadi bait lirik lagu Maal Hijrah saban tahun di dengari, tidak jemu walau sedikitpun.Cuma, masih ramaikah umat Islam yang masih mengingati peristiwa hijrah Rasulullah hatta tujuan berhijrah?

Mungkin aku terlalu idealistik untuk menceritakan itu. Ilmu aku bukanlah setinggi para cendekiawan, malah ulama', even ustaz pun tak sampai, tapi selagi akal dan ilmu yang ada, mari dikongsi bersama.

Menentukan arah, mudah, memandu arah, juga mudah, tapi yang susah adalah menandakan arah dan cuba mencari arah lain. Itulah hijrah. Hijrah dalam ertikata lain, bukan bermakna yang dahulu itu tidak baik, yang sebetulnya adalah mencari panduan hidup baru dan menambah apa yang masih kurang.

Ingatlah, hidup perlu dengan penambahan ilmu, bukan pengekalan ilmu. Ilmu perlu di kongsi, perlu disampaikan, perlu di amalkan.

Hari ini, berkongsi ilmu dengan rakan sekerja, Redza, sewaktu bermain bowling untuk pemilihan wakil company. Kononnya. Walaupun aku sendiri tak pandai bermain sangat, tapi basic dan cara permainan, aku share, sangat seronok bila apa yang kita sampaikan dapat di manfaatkan oleh dia.

Hijrah juga menentukan apa yang kurang dalam diri kita, perlu di tambah. Bagi aku sendiri, kurangnya aku dari segi pengisian ilmu rohaniah, perlu kepada pembacaan dan cara paling bagus adalah diskusi bersama rakan-rakan. Sukar untuk menjadi seperti dahulu, paling tidak, cuba ke arah itu..InsyaAllah.

Bukan mudah untuk menjadi yang terbaik bagi orang lain. Tetapi kita mampu untuk menjadi baik untuk diri sendiri. Sifir yang mudah. Tiada siapa yang dapat tafsir mengapa kita begitu dan begini, hanya kita yang tahu mengapa, dan jawapan kebanyakan mereka, pengalaman dan cerita hidup menjadikan mereka begitu begini.

Malam ini hujan renyai, tengkujuh di bumi Terengganu kembali.
Alhamdulillah, sejuk itu nikmat yang Allah berikan.

Sudah jam 11.00 malam. Berehat untuk seketika.

arjuna.malaya @ AizCorner, Padang Nenas.