Tuesday, February 5, 2013

[ busuk-wangi ]

<p>
Perkataan pun rasa sangat berbau.
Tapi bukan semua perkara rasa busuk.
Apa yang penting
Bagaimana mahu hilangkan bau busuk.

Ada busuk secara semula jadi.
Ada busuk secara di buat-buat.

Busuk tak mampu di lihat
Ia boleh di bau
Tapi memandang suasana
Boleh tahu itu adalah busuk.

Ada masa kita rasa wangi
Bila bersama orang busuk
Kita akan jadi busuk
Sebab busuk lebih dominasi
Hidup

Wangi perlu usaha
Busuk tak perlu
Wangi kena rajin mencari
Busuk biarkan di situ

Ada masa, kita sudah wangi
Ada ketika, orang mahu kita busuk,
Supaya dia boleh wangi.

Nak semua orang wangi
Wangi itu macam-macam bau sedap
Tapi busuk itu, hanya satu bau.

Pesanan,
Biar busuk badan
Jangan busuk hati
Jaga peribadi wangi
Jangan busuk nama

Karya asli :
KayKhairul@CrownHotel,KB 12.14pm
</p>

posted from Bloggeroid

0 comments:

Post a Comment

really appreciated your comments. thanks a lot